|
Nota
Sejarah Tamadun Dunia |
|
Laman Web Rasmi Mata Pelajaran Sejarah 940/1 SMK Seri
Tanjong, Melaka |
|
Muka Depan | Sukatan Pelajaran | Nota Tamadun
Dunia | Nota Tamadun Islam | Bank Soalan | Contoh Soalan | Pautan
Lain |
|
Zaman Neolitik
Dan Ciri-cirinya : |
|
Pengenalan Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru.
Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM
sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik
ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan
yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah
Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya. Ciri-ciri : Tempat Tinggal Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri
sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti
yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang
kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini
telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji,
didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan
titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan. Cara Hidup Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang
didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina
untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau
laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang
pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng
dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang
liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah
mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah
oleh binatang dan serangga perosak. Kegiatan Harian Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang
pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam
sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu,
mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing.
Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga
terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka
melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan.
Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan
tembikar. Peralatan Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok
dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk
memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang
pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit
juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu
masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga
pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin,
mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga
pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar
ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil
tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan. Kepercayaan Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan
animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain
itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab
itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir
dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga
mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini.
Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya. Pakaian Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu
binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini,
mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit
binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih
selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan
bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang
yang berpakaian kulit binatang. Aktiviti Perdagangan Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun
mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka
saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai
sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga
menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada
zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga
menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di
antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan
sebagainya. Organisasi Sosial Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun
wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan
memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan
ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini.
Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung
dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung. Teknologi Baru Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat
pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali
digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat.
Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan
dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan.
Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan
mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar
ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing. << Kembali Ke Menu
Nota Tamadun Dunia |
|
|
|
Laman Web Ini Hanya
Untuk Kegunaan Pelajar Jurusan Sejarah 940/1
SMK Seri Tanjong, Melaka Sahaja. |