|
Nota
Sejarah Tamadun Dunia |
|
Laman Web Rasmi Mata Pelajaran Sejarah 940/1 SMK Seri
Tanjong, Melaka |
|
Muka Depan | Sukatan Pelajaran | Nota Tamadun Dunia | Nota Tamadun Islam
| Bank Soalan | Contoh Soalan | Pautan Lain |
|
Takrif Tamadun
: |
|
Daripada
catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan,
peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab,
bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan
tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang
mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun
sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Dari
perepektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem
masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem
politik, pengetahuan dan seni. Dari
perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah
keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai
keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian,
politik, kesusasteraan dan sebagainya. << Kembali Ke Menu
Nota Tamadun Dunia |
|
|
|
Laman Web Ini Hanya Untuk
Kegunaan Pelajar Jurusan Sejarah 940/1
SMK Seri Tanjong, Melaka Sahaja. |