Make your own free website on Tripod.com

 

Nota Sejarah Tamadun Dunia

Laman Web Rasmi Mata Pelajaran Sejarah 940/1 SMK Seri Tanjong, Melaka

Muka Depan | Sukatan Pelajaran | Nota Tamadun Dunia | Nota Tamadun Islam | Bank Soalan | Contoh Soalan | Pautan Lain

Takrif Pra Sejarah

 

 

Mengikut Frank Hole dan Robert F. Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam manusia yang tidak direkodkan secara bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga dikatakan zaman sebelum 3,500 SM. Zaman pra sejarah ini boleh dikesan melalui bukti terawal yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi seperti bangunan, tembikar dan sebagainya. Selain itu, fosil-fosil manusia zaman pra sejarah juga ditemui di Palestin, Eropah Tengah, Ethopia di Afrika dan China. Orang Neanderthal dan orang Cro-Magnon merupakan dua jenis fosil manusia yang telah ditemui.

 

Orang Neanderthal ini hidup lebih kurang 50,000 tahun dahulu. Orang Neanderthal ini lebih tinggi daripada manusia Peking dan manusia Jawa. Mereka hidup menetap di dalam gua. Selain itu, mereka juga tahu menggunakan api dan membuat pakaian daripada kulit binatang.

 

Orang Cro-Magnon pula muncul menjelang tahun 20,000 SM. Mereka mempunyai tahap intelektualisme yang lebih tinggi daripada manusia terawal dan manuisa Neanderthal. Waris-waris bagi orang Cro-Magnon didapati tinggal di Wales, Perancis, Sepanyol dan Afrika Utara.

 

 

 

<< Kembali Ke Menu Nota Tamadun Dunia

 

 

Laman Web Ini Hanya Untuk Kegunaan Pelajar Jurusan Sejarah 940/1  SMK Seri Tanjong, Melaka Sahaja.