|
Bank
Soalan |
|
Laman Web Rasmi Mata Pelajaran Sejarah 940/1 SMK Seri
Tanjong, Melaka |
|
Muka Depan | Sukatan Pelajaran | Nota Tamadun Dunia | Nota Tamadun Islam |
Bank Soalan | Contoh Soalan | Pautan Lain |
|
Soalan Sebenar
STPM Tahun 1999 : |
|
Tamadun
Dunia : ( Bahagian A ) 1. Bincangkan
faktor-faktor yang membawa perubahan kebudayaan Paleolitik kepada kebudayaan
Neolitik dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 2. Huraikan
sistem pemerintahan yang berbentuk republik di Eropah Barat pada Zaman
Pertengahan Tinggi ( kurun ke-11 hingga ke-13 mesehi ) dan kesan-kesannya
terhadap masyarakat Eropah. 3. Tahun-tahun
1450 hingga 1550 merupakan Zaman Pembaharuan yang melahirkan fahaman
humanisme. Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman humanisme dan tunjukkan
bagaimana aliran ini berkembang di Eropah. 4. Jelaskan
kemunculan sistem tulisan dengan merujuk kepada contoh-contoh yang terdapat
di Mesopotamia, Mesir dan China. 5. Bincangkan
bagaimana unsur-unsur kebudayaan Hindu-Buddha tersebar ke Asia Tenggara dan
dapat memberikan sumbangan kepada kelahiran negeri-negeri tua di rantau
tersebut. 6. “Proses
penyebaran agama Islam ke Nusantara ditentukan oleh faktor-faktor perdagangan
dan asas-asas budaya zaman pra-Islam.” Bincangkan pernyataan ini. 7. Bandingkan
asas agama dalam memperkukuh asas kekuatan pemerintahan Islam antara zaman
Kesultanan Melayu Melaka dengan Zaman Khalifah al-Rasyidin. 8. Peperangan
Salib telah banyak meninggalkan kesan positif dan negatif terhadap masyarakat
Kristian Di Eropah dan masyarakat Islam di Asia Barat. Bincangkan kesan-kesan
peperangan itu terhadap kedua-dua masyarakat tersebut. Tamadun
Islam : ( Bahagian B ) 9.
Bincangkan konsep manusia dan kehidupan masyarakat Arab pada zaman
Jahiliah. 10.
“Nabi Muhammad s.a.w. bukan
sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan.” Bincangkan
pernyataa ini. 11.
“Khalifah Harun al-Rasyid dan
anaknya al-Ma’mun adalah antara khalifah kerajaan Abasiyah yang sangat
terkenal dalam bidang pembangunan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan.”
Bincangkan pernyataan ini. 12.
Bincangkan sejarah dan peranan
Baitulmal dalam perkembangan ekonomi umat Islam. 13.
Huraikan sistem halaqah,
madrasah, dan pondok dalam sejarah pendidikan Islam 14.
“Acheh pernah digelar Serambi Mekah atas kepesatan dan kejayaannya
dalam kegiatan keilmuan dan menjadi pusat penyebaran Islam yang utama pada
abad ke-16 hingga ke-18.” Bincangkan pernyataan ini. 15. Huraikan
konsep seni menurut pandangan Islam dan Barat
serta nyatakan perbezaan antara keduanya. 16. Bincangkan
faktor-faktor yang menggalakkan pengembaraan dan penerokaan
pengembara-pengembara Islam pada abad ke-10 hingga abad ke-14 Masehi dan
ahli-ahli pelayaran Barat pada abad ke-15 hingga abad ke-16. << Kembali Ke Menu Bank Soalan |
|
Update : Jun 2006 |
|
Laman Web Ini Hanya
Untuk Kegunaan Pelajar Jurusan Sejarah 940/1
SMK Seri Tanjong, Melaka Sahaja. |